
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Kelantan, Datuk Sazmi Miah melahirkan rasa kecewa apabila pelawaan untuk berdebat dengan Timbalan Pengurusi Badan
Perhubungan Umno Negeri Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaacob ditolak.
Beliau berkata, antara sebab utama Ahmad Jazln yang juga Ahli Parlimen Machang, menolak debat ini kerana tidak mampu untuk menjawab dan mengetahui kedudukan dalam negera ini adalah teruk.
“Jadi untuk menegakkan benang basah di dalam ceramah-ceramah beliau di kampung boleh lah mereka berbuat demikian.
“Tetapi apabila berdepan dengan pihak lawan mereka tidak sanggup dan tidak mampu untuk menjawabnya dikhalayak ramai,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau mengulas kenyataan balas yang dibuat oleh Ahmad Jazlan semalam yang berkata, tidak perlu melayan cabaran debat Sazmi sebelum pemimpin Bersatu itu membersihkan lidahnya yang pernah mencaci parti rakan gabungan dalam Pakatan Harapan ketika beliau menjadi ahli parlimen BN Machang satu ketika dulu.
Sazmi yang juga Ketua Bahagian Penaja Bahagian Machang berkata, maksud dia mencabar Ahmad Jazlan bukan untuk menunjukkan siapa hebat sebaliknya rakyat ingin tahu mengapa barangan keperluan naik melambung, bebanan GST dan subsidi kepada rakyat dihapuskan.
Katanya ini termasuk juga isu-isu 1MDB yang mana mereka tidak akan menjawab dengan tepat tentang isu tersebut.
Beliau berkata ini lah isu yang perlu dibangkitkan dihadapan rakyat kerana rakyat ingin tahu bagaimana kerajaan akan menangani masalah yang mereka hadapi sekarang.
“Jadi saya berkeyakinan dengan penolakan ini rakyat akan tahu dan sedar betapa pihak kerajaan dan MP Machang hanyalah boleh mendabik dada dalam program-program ‘one off’ tanpa menghiraukan apa yang sebenarnya rakyat hadapi.
“Dan saya juga berkeyakinan mereka tidak dapat menjawab, sebab itu mereka tolak dan nak lari daripada isu-isu yang akan kita bangkitkan,” katanya.