“Sebab itulah kami kulit mulus, putih, gebu” – Sharifah Zarina perli wanita kata bau laksa sarawak macam jamu

Oleh MAISARAH AISYA

Tular satu video seorang wanita yang makan laksa sarawak dengan menutup hidung dek kerana baunya seperti jamu.

Walaupun bau yang kuat, tidak perlu sampai menutup hidung seolah-olah makanan tersebut basi dan tak boleh dimakan.

Berang dengan kata-kata wanita tersebut, penyanyi kelahiran Sarawak, Sharifah Zarina menganggap ia sebagai satu perbuatan biadap.

“Amboi kak, seronoknya gelak. Rasa jamukah laksa Sarawak? Sebab itulah kami orang Sarawak kulit mulus, putih dan gebu.

“Kakak perasan tak kalau di Kuching, cantik-cantik sahaja tidak kira lelaki atau perempuan,” sindirnya dalam video TikTok.

Pada masa sama, Zarina turut mengesyorkan wanita tersebut untuk membawa pulang pes laksa supaya dapat kekal cantik seperti masyarakat Sarawak.

“Kami tak makan jamu dalam botol, kami terus minum kuah laksa Sarawak. Dekat sana, buka mata sahaja makan laksa. Petang dan malam pun sama.

“Kakak tidak mahu bawa balik pes laksa Sarawak? Manalah tahu tiba-tiba boleh jadi gebu dan mulus. Selamat mencuba!,” ujarnya dengan nada sinis.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan individu tersebut yang dilihat berlebihan sedangkan baunya adalah biasa sahaja.

“Laksa sarawak memang sedap, tak rasa pun bau jamu saya pun dah biasa makan jadi memang sedap gila.

“Saya orang Kuala Lumpur sanggup belajar masak laksa sarawak sebab sedap sangat. Walaupun banyak proses dan bahan tapi berbaloi.

“Betul, orang Sarawak memang cantik dan kacak. Tidak dapat dinafikan,” antara komen netizen.

Baca juga: Tak sampai sebulan ditayangkan, terkejut tahu jumlah kutipan terkini filem Sheriff