Niat mahu memenuhi permintaan bapa untuk tetap hadir ke konvokesyen walaupun berat hati akhirnya buat wanita ini menangis atas pentas.
Tatkala ramai yang hadir bersama orang tersayang untuk menyambut hari bahagia, ada diantara graduan yang sudah kehilangan ibu bapa.
Seorang graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dimaklumkan mengenai kematian bapanya 15 minit sebelim dia menerima skrol ijazah.
Menurut Kosmo, Haslina Kalang berkata, dia menguatkan diri juga menaiki pentas untuk menerima skrol Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (Dengan Kepujian).
Terlihat dalam video Haslina mengalirkan air mata saat menerima skrol tersebut daripada Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Yusof Noor.
“Sewaktu menunggu giliran nama diumumkan (untuk menerima skrol ijazah), saya tiba-tiba menerima panggilan telefon daripada salah seorang jiran pada pukul 10.30 pagi.
“Luluh hati saya apabila dimaklumkan ayah (Kalang Tona, 56) yang menderita strok baru meninggal dunia,” katanya seperti dipetik Kosmo.
Pada mulanya wanita berasal dari Tawau ini berat hati untuk hadir ke majlis konvokesyen tersebut kerana risau akan tahap kesihatan bapa.
Haslina yang berasal dari Tawau mengakui pada mulanya berat untuk menghadiri majlis konvokesyen terbabit kerana terlalu risaukan tahap kesihatan bapanya.
Dia bagaimanapun akur apabila bapanya bersungguh-sungguh meminta hadir ke majlis konvokesyen bagi menerima sendiri skrol ijazah sarjana mudanya itu.
“Saya dengan berat hati hadir ke majlis konvokesyen ini dengan ditemani kakak sulung, Kasnia, 24, yang kini menetap di Johor.
“Memang sebaik tamat pengajian dahulu, saya terus pulang ke kampung halaman dan tidak memohon apa-apa pekerjaan semata-mata menjaga ayah yang terlantar akibat strok,” tambahnya.
Sementara itu, pihak UniSZA telah menyampaikan sumbangan wang tunai RM 2,500 kepada Haslina untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Tawau, Sabah.
Haslina sepatutnya pulang esok ke kampung halaman sebaik sahaja selesai majlis konvokesyen hari ini (semalam).
Baca juga: Gara-gara ‘tagline’ Amirreka, air jualan Amir Raja Lawak diugut boikot – “Tukar Amirgaza!”