Zaman sekarang ini ramai dilihat tidak malu menghantar gambar tidak senonoh kepada pempengaruh dan selebriti demi secebis perhatian.
Jika iman tidak kuat maka banyak pasangan boleh bercerai dek kerana terpengaruh dengan segala gambar dan mesej tak senonoh yang diterima setiap hari,
Dikenali kerana membawa watak zaman kanak-kanak, pempengaruh media sosial Ryan Bakery turut menjadi mangsa godaan wanita lapor Berita Harian Online.
“Wanita yang hantar mesej langsung (DM) memang ada. Apabila lihat diri dalam cermin, saya tak elok mana, tapi tak tahulah mengapa ada wanita suka hantar mesej tak senonoh.
“Saya tunjukkan kepada isteri, dia akan padam mesej berkenaan. Isteri rajin ‘scroll’ semua mesej yang saya terima di bahagian ‘hidden message’.
“Pada bahagian itulah banyak foto tidak senonoh dihantar,” katanya seperti dipetik BH Online.
Jelasnya dia bersyukur kerana isterinya Elyia Ibrahim sangat memahami kerjaya seni dan mengakui takut apabila menerima mesej tidak senonoh.
“Semuanya terletak kepada diri sendiri. Bagi saya, seorang isteri sudah cukup. Jika bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jadi, faham-faham sahajalah.
“Isteri faham kerjaya saya dalam dunia seni. Dia pun kadang-kadang ikut saya bekerja. Jujur, saya mengaku takut apabila dapat mesej tak senonoh,” tambahnya.
Untuk rekod, Ryan menamatkan zaman bujangnya bersama Elyia pada tahun 2022 dan menjadi bapa kepada seorang anak lelaki pada tahun 2024.