Sederhana tapi kemas, ramai puji pemilik rumah pandai utamakan kebersihan walau hidup susah

Oleh KIM SYAZIE

Sebuah pondok kecil yang cuma berdindingkan kayu dan dijadikan kediaman sebuah keluarga ini amat memikat hati. Terlihat biasa pada pandangan mata, namun kekemasan di setiap sudut rumah pondok ini membuatkan ramai terpukau.

Sikap mengutamakan kebersihan yang ditunjukkan keluarga ini benar-benar memberi inspirasi kerana inilah definisi kehidupan bahagia yang sebenar.

Rumah pondok yang diperkatakan ramai ini dimiliki seorang wanita bernama Mariyah Ghazali. Walaupun perkongsian gambar berkenaan kediamannya dimuatnaik dua tahun lalu, namun netizen menularkannya semula sebagai inspirasi kepada semua.

Baca Artikel Penuh