Jangkaan kemelesetan ekonomi pada tahun depan perlu siap sedia dihadapi rakyat negara ini ekoran peningkatan kadar inflasi yang diunjur naik tiga peratus tahun ini.
Unjuran kenaikan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) untuk 2022 itu dikekalkan oleh Public Investment Bank Bhd (PIVB).
Tahun lalu, kenaikan inflasi ialah 2.5 peratus. Sebelum ini, Malaysia telah mencatatkan kenaikan inflasi sebanyak 3.1 peratus bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu.
Menurut PIVB, inflasi keseluruhan bagaimanapun, meningkat dalam beberapa bulan disebabkan sebahagiannya berlaku daripada kesan asas terhadap langkah-langkah sokongan yang dilaksanakan tahun lalu.
“Angka-angka keseluruhan untuk tahun itu masih berisiko lebih tinggi jika gangguan bekalan tercetus semula,” katanya dalam nota kajian hari ini, dipetik Berita Harian.
Jelas nota itu lagi, aktiviti ekonomi domestik dijangka kekal stabil pada separuh kedua 2022 menjelang 2023, di tengah-tengah tekanan yang hilang akibat gangguan rantaian bekalan dan inflasi global, yang membantu menyederhanakan tekanan dalam permintaan dan kejutan bekalan pada masa hadapan.
Pada Ogos 2022, kadar inflasi meningkat 4.7 peratus berbanding 4.4 peratus pada Julai.

Malaysia sebenarnya sedang mengalami krisis ekonomi serius dengan kadar inflasi yang terus meningkat seperti didedahkan Jabatan Perangkaan hari ini.
Kadar inflasi Malaysia pada bulan lalu meningkat sebanyak 4.7 peratus berbanding Julai dengan 4.4 peratus.
Kadar inflasi 4.7 peratus itu merupakan angka terburuk dalam tempoh 10 tahun.
Pada 23 September lalu, Jabatan Perangkaan mendedahkan peningkatan kadar inflasi makanan yang melambung 7.2 peratus berbanding Julai dengan 6.9 peratus.
Kadar peningkatan tersebut adalah tertinggi dalam rekod.
Berikut kadar inflasi makanan pada Ogos dengan peningkatan semua jenis makanan:
Makanan di rumah: 6.4%
Makanan luar rumah: 8.4%
Daging: 9.9%
Susu, Keju, Telur: 9.4%
Sayur-sayuran: 8.9%
Beras, Roti, Bijiran lain: 6.2%
Minyak, Lemak: 4.0%
Ikan, Makanan laut: 3.7%
Buah-buahan: 4.1%
Gula, Jem, Madu, Coklat, Manisan: 3.3%
Baca juga Malaysia sedang alami krisis ekonomi serius, ini fakta Jabatan Perangkaan yang anda wajib tahu
Baca juga Saja cari penyakit, budak lelaki cucuk jarum akupunktur pada kemaluan sebab bosan