Tular dakwaan mengenai pasangan tular selepas membawa bayi lelaki berusia 11 bulan yang menghidap paru-paru kronik menaiki motosikal melarikan diri.
Terkejut dengan dakwaan tersebut, Mohd Azlan Ishak tampil menjawab persoalan bahawa dia tidak melarikan diri meskipun mengaku tertekan dengan situasi.
Menurut Kosmo! Online, Azlan memaklumkan dirinya hanya keluar rumah bagi menyelesaikan urusan perkahwinan.
Tambah Azlan dia dan pasangan Norhidayu Halim dan bayi mereka yang sakit keluar bersama dengan ditemani ibu bapa wanita terbabit.
Tujuan mereka keluar sebentar adalah untuk menyelesaikan urusan perkahwinan di pejabat agama.
“Kalau saya lari, siapa yang akan jaga mak saya yang lumpuh…sudah bertahun saya jaga mak saya tak akan saya senang-senang nak tinggalkan dia seorang diri di rumah.
“Sejahat-jahat saya pun..hati saya tak akan tergamak tinggal mak saya seorang diri,” ujarnya seperti dipetik Kosmo! Online
Jelasnya, dia bersama pasangan dijangka akan dinikahkan paling cepat pada Selasa ini.
“Esok saya tak ada di rumah sebab nak pergi ke klinik kesihatan pemeriksaan HIV, orang tak kata saya lari lagi.
“Kalau boleh saya nak cepat-cepat selesaikan hal ini sebab lepas ini saya nak fokus jaga kesihatan anak dan mak saya pula,”ujarnya.
Baca juga: Serah dokumen kepada imam, bapa bayi sakit kronik rancang kahwin minggu depan