“Sejak bercinta lagi isteri dah kantoi curang, tapi aku bagi peluang, aku sediakan semua untuk dia, tapi dia masih…”

Oleh MAISARAH AISYA

Sudah berkali peluang diberikan namun masih tetap mengulangi kesalahan sama, bila ditegur mulalah perang dunia ketiga.

Bila ada lelaki sudah mahu menghalalkan hubungan, wanita berhentilah ‘makan luar’, andai kata tak suka jangan diterima untuk dihalalkan.

Seorang lelaki tak menyangka isterinya sanggup daftar masuk hotel dengan skandal untuk memuaskan nafsu.

Di bawah adalah kisah yang dimuat naik di Facebook.

Aku berkahwin dengan janda anak empat dan kami dikurniakan dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Kerja aku menyebabkan aku hanya dapat cuti sekali dalam seminggu iaitu pada hari Khamis dan aku pilih untuk jimat duit dengan keluar hujung bulan ini sahaja.

Hari sebelum aku cuti tu, isteri maklumkan yang dia nak keluar dengan rakan, memandangkan aku kerja malam di Singapura jadi aku benarkan.

Sekali waktu dah melepasi pukul 12 malam pun dia tak balik bila detik sampai pukul 3 pagi, anak perempuan maklum dekat aku ada sekatan jalan raya, minta beritahu isteri aku.

Disebabkan isteri aku ni tak ada lesen maka aku risau tapi dia maklum yang dia telefon dia tiada batteri jadi susah nak balik.

Masa tu kuat dah firasat mengatakan isteri aku ni dah ‘check in’ hotel sebab sebelum ni kantoi dengan jurujual lelaki dalam pusat beli belah.

Dia siap padam semua rekod dekat dashcam kereta, botol air tu dia buang label sebab takut kantoi hotel mana.

Aku pernah ceraikan dia secara baik tapi lepas dia berjanji nak berubah, aku bagi peluang dan rujuk semula.

Sebelum berkahwin pun dia pernah curang, walaupun hancur hati aku tetap maafkan dia tapi sekarang dah hilang segala rasa.

Anak-anak pergi sekolah pun aku yang uruskan, bekal semua aku sediakan, nafkah dia setiap bulan RM1k, barang keperluan lain semua aku belikan.

Dia hanya suri rumah sepenuh masa, bab nafkah batin, aku ni macam peminta sedekah dekat dia, ada masa dia nak layan, dia layan.

Itu pun dia nak curang dengan aku, sampai sekarang dia tak bercakap lepas kantoi tidur dengan lelaki lain, hati aku sebagai lelaki memang hancur sepenuhnya.

Baca juga: Shuhada dedah ‘chat’ tak senonoh Hafidz Roshdi, bongkar punca cerai dengan bekas suami