Apabila berkahwin, perlu ingat bahawa kita bukan hanya mendapatkan pasangan tapi juga ahli keluarganya yang lain.
Apalah salah ada sikap saling menghormati dan memahami antara mentua dan menantu, bukannya hanya tahu berkasar
“Secara ringkasnya hanya seorang ibu kepada tiga orang anak lelaki yang telah beristeri dan seorang anak perempuan yang masih bujang.
Berkelulusan setakat diploma, pernah bekerja di area Selangor dan semakin meningkat usia terasa letih dan berhenti bekerja. Seorang ibu tunggal.
Itu serba ringkas pengenalan diri. Lupa nak maklum mempunyai dua cucu perempuan dan empat cucu lelaki yang comel-comel.
Anak lelaki semua bekerjaya manakala menantu cuma seorang suri rumah.
Memandangkan hanya mempunyai seorang anak perempuan terasa teruja sangat bila seorang demi seorang menantu perempuan yang masuk kehidupanku.
Sedaya upaya cuba untuk menjadi mertua yang open minded dan menganggap menantu seperti kawan. Daripada situ lah bermula punca masalah dalam kehidupan.
Betul kita tidak sempurna mungkin ada juga kelakuan yang membuat menantu terasa cuma sampai kesaat ini terus berfikir apa puncanya.
Bab rumahtangga anak-anak memanglah sesekali campur tangan bila mereka ada masalah. Cumanya tak pernah menyebelahi anak-anak.
Seringkali menasihati anak-anak lelaki supaya pandai mengendali rumahtangga dan jadikan tauladan kehidupan mereka dulu tanpa seorang ayah selepas kami bercerai dan aku juga tidak mahu menantu-menantu mengalami apa yang aku lalui dulu
Salah seorang menantu tinggal bersama. Tapi biasalah budak-budak sekarang lepas solat subuh tidur semula.
Tapi aku tak pernah membebel pun even seluar kecil pun aku tolong jemurkan. Sampai satu hari menantu ni tiba-tiba berubah 360 darjah.
Dah tak campak baju kotor suami isteri dalam mesin maksudnya basuh asing-asing, tidak bercakap dan lebih banyak menghabiskan masa dalam bilik.
Sampai satu hari aku cuba bertanya pada anak lelaki kenapa isterinya tak mahu berbual atau tengok televisyem bersama sebab sebelum ni memang kami sangat rapat.
Jadi itu menimbulkan seribu pertanyaan samada aku ada buat dia tak selesa atau berkecil hati.
Mungkin cara anak aku bersemuka dengan isteri tidak betul sampai dia menganggap aku mengadu dan bila mereka bertengkar aku cuba leraikan sebab mereka di ruang tamu.
Tapi menantu menengking aku dan kata aku kuat mengadu dan semua sebab aku mereka bergaduh. Macam tak percaya aku ditolak depan anak lelakiku.
Jadinya anak ni lagi jadi marah dan cuba angkat tangan pada isterinya. Alhamdulillah aku sempat tahan dan peluk anakku kuat-kuat.
Sejak itu hubungan kami makin jauh. Sudah hampir empat tahun peristiwa itu berlalu dan bila mereka ada seorang anak aku langsung tidak berpeluang untuk pegang cucuku.
Kalau pun aku pegang dia akan ambil. Mereka sudah duduk rumah sendiri setelah setahun kami sebumbung.
Sesekali datang ziarah kalau salam pun dalam keterpaksaan dan dia akan buat hal dia. Dan aku pun dah malas nak berbual-bual sebab tiada sambutan daripada pihak dia.
Sampai kini setelah empat tahun berlalu cerita lama meletop lagi. Bila dah bertambah anak kedua ingat akan ada perubahan tapi rupanya dendamnya masih ada.
Mereka ada datang ziarah dan dia sibuk melayan anak sulung jadinya baby dia letak kat sofa jadi aku ni teruja sangat ambik baby dan dokong terus aku duduk sebelah anak lelaki aku.
Dia buat drama pura-pura mencari anaknya kononnya hilang. Alhamdulillah anakku menyebelahiku. Sambil aku cakap tak apalah pergi solat dulu biar mak jaga si kecil.
Aku ingat dia ok rupanya tidak. Bila aku berlalu daripada anak ku sambil pegang baby rupanye dia sound aku, “lain kali jangan main ambil macam tu je, sesuka hati je nak ambil.”
Masa tu airmata tiba-tiba mengalir sebab macam terkejut tapi masih boleh control perasaan.
Masa bawa baby yang dah berusia dua bulan ke ruang depan dia terus datang dan ambil baby tu dari peganganku dan sound lagi sambil jarinya tunjuk-tunjuk kat muka aku.
Aku tepis dan cakap kenapa kurang ajar guna kau aku ni. Dia cakap aku selalu jadi punca dia gaduh dengan suami dia. Walhal aku dah malas dan tak pernah campur tangan pun lagi.
Aku tahu anakku tak dengar kami bertengkar sebab agak kelakarkan kami bertengkar suara tak kuat takut anak aku dengar dan dia pun takut suaminya dengar.
Malas nak layan aku masuk bilik tapi dia ketuk pintu bilikku lalu aku terus duduk depan tv dan dia sound lagi guna kau aku lagi.
Katanya kau jangan sesuka hati nak pegang anakku tanpa izin dan masa ni aku pun menjawab kenapa perlu nak minta izin sedangkan tu anak mak punya anak maknanya cucu mak
Aku pun tak tahu apa lagi yang dia cakap cumanya masa tu airmata laju je ngalir. Pun dia sound lagi kau saje menangis kan biar P (nama samaran anak lelaki) nampak.
Aku jawab ni naluri semulajadi seorang ibu then dia cakap begini, kau kena pandai kawal emosi kau. Masa tu aku fikir siapa mentua siapa menantu.
Cuma aku mampu menjawab dia akan alami apa yang aku alami satu hari nanti.
Aku ambik kunci kereta tapi dalam kereta tiba-tiba aku menjerit kuat hingga jantung berdegup kencang dan kepala macam nak pecah dan terasa seluruh badan macam kesemutan.
Mungkin banyak yang terpendam sebab dalam masa sama tak nak P tau situasi aku.
Aku tak nak anak-anak bercerai berai kerana aku. Aku tak nak cucu membesar tanpa ibu tanpa bapa dan aku tak nak menantuku menjadi ibu tunggal.
Minta maaf maybe tak akan ada yang dapat menyelami my situation based on gaya penulisanku.
Untuk diluar sana jangan asyik mengecam mentua sebab ada je hati mentua yang terluka, terlalu menjaga hati anak menantu.”
Lebih baik jika si ibu duduk bersama anak dan menantu dan berbincang apakah sebenarnya yang berlaku hingga sanggup berkasar dan melukakan hati masing-masing.
Baca juga: Bakal isteri terlanjur dengan lelaki lain, pemuda menderita dipaksa jadi pak sanggup