Gelagat selamba seorang kanak-kanak lelaki yang mencuit lengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk bergambar bersama, menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, mereka tidak sangka seorang kanak-kanak lelaki boleh dengan selamba datang mendekat dan memegang lengan Agong untuk bergambar.
Waktu itu Seri Paduka Baginda sedang bersantap karipap di gerai berhampiran Taman Laut di Pulau Tioman, namum kemudiannya menoleh ke belakang apabila lengannya dicuit.
“Boleh tak nak ambil gambar?” kata kanak-kanak itu.
Dengan mesra Seri Paduka Baginda mengangguk dan memegang tangan kanak-kanak tersebut sebagai tanda berkenan untuk gambarnya diambil.
Agong juga memeluk kanak-kanak itu dan memberi peluang bapanya merakamkan gambar mereka.
Rata-rata pengguna media sosial kelihatan teruja kerana melihat Agong begitu mesra dan merendah diri dengan penduduk kampung.
Mereka juga memuji keberanian adik ini yang bersahaja mendekati Agong.
“Patut aku haritu pun berani macam nii je, pergi ketuk kereta tuanku minta selfie,” seloroh pengguna Twitter.
“Wah berani kau ye dik,” komen yang lain pula yang nyata terhibur dengan gelagat kanak-kanak berkenaan.
Baca juga: Neelofa tampil buka mulut lepas netizen kritik pakej umrah ‘kayangan’ sampai RM35,000