Selangor antara kadar kebolehjangkitan Covid-19 terendah

Oleh BORHAN AHMAD

Sarawak, Selangor, Sabah, Johor dan Pulau Pinang mencatatkan nilai R-naught atau kadar kebolehjangkitan yang lebih rendah dari purata kebangsaan.

Untuk empat hari berturut-turut, kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia kekal pada nilai yang sama iaitu 0.86.

Sebanyak 10 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Perlis mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.10.

Ini diikuti Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Melaka, Pahang, Kuala Lumpur, Kedah dan Perak.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.