Pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga adalah saat yang paling dinantikan oleh semua insan.
Namun, tidak bagi sebuah keluarga kerana mereka sering berhadapan dengan kejadian yang tidak menyenangkan.
Sikap seorang bapa yang dingin dan selalu marah tidak bertempat membuatkan anak-anak dan menantu berat hati untuk pulang ke kampung.
Bayangkan, sang bapa sanggup mengeluarkan kata makian dan memberi gelaran ‘monyet’ kerana anaknya pulang ke rumah di Hari Raya Kedua.
Pelbagai kenangan buruk tercipta setiap kali pulang ke kampung, luahan lelaki bernama Azam itu dikongsikan menerusi laman media sosial.
Menurut Azam, pengalaman yang tidak boleh dilupakannya adalah sewaktu bapa mertuanya itu mengamuk di pagi raya.
“Ayah mentua aku tiba-tiba angin, dia tengking lepastu dia pergi tolak senduk kacau kuah kacang hingga terbalik kuali.
“Dahlah mak mentua dan aku yang goreng kering lepastu buang kulit berejam. Sekali dia pergi telangkupkan macam tu,” luahnya.
Kongsi Azam, situasi itu akhirnya berubah apabila bapa mertuanya yang pemarah itu dijemput Ilahi pada tahun lalu.
“Sejujurnya bagi aku selama bertahun kami beraya di situ, kali ini raya yang paling tenang. Ketawa, senyum tanpa tekanan. Memasak apa semua rileks.” Katanya.
Tambahnya, semua ipar duai dan cucu pulang beraya awal tahun ini dan sempat menyambut akhir puasa bersama ibu mentuanya.
Baca juga: Dimarahi ibunda, Aliff Syukri ‘kembalikan’ takhta penyanyi No 1 kepada Siti Nurhaliza