Selepas Erra Fazira, warga maya imbas kembali momen ‘Wedding of The Year’ Siti Nurhaliza

Oleh KIM SYAZIE

Orang ramai kembali mengimbas momen bersejarah dalam industri hiburan tempatan apabila Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima perhatian luar biasa daripada rakyat Malaysia ketika perkahwinannya.

Perhatian orang ramai terarah kepada penyanyi nombor 1 negara itu susulan perkahwinan primadano Erra Fazira yang menjadi bualan sejak minggu lalu.

Rakyat Malaysia memberi julukan wedding of the year kepada perkahwinan Erra, sehingga beberapa pengguna mengimbas kembali perkahwinan Siti Nurhaliza yang pernah diberi julukan sama.

Majlis Siti Nurhaliza atau TokTi bersama Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 2006 disiarkan secara langsung di saluran TV3 sehingga meraih tontonan lebih 6.3 juta penonton di seluruh negara.

Perkahwinan beliau diingati dengan liputan luar biasa bukan sahaja tempatan tetapi turut menarik perhatian media antarabangsa, dirakam sebagai antara perkahwinan selebriti paling berpengaruh di Asia pada masa itu.

Baca juga: RM9k hangus, kereta terpakai terbakar sebelum sampai rumah