Setiap individu pastinya mahukan penghargaan atas usaha yang dilakukan tapi tak semua mengharapkan balasan untuk kejayaan mereka.
Malah ada yang menganggap ia hanyalah sagu hati atas kerja keras mereka namun lebih mementingkan impak diberikan kepada orang ramai.
Buat penyanyi dan pelakon Alif Satar, dia menganggap anugerah bukanlah sebagahian permainannya sebagai anak seni lapor HibGlam.
“Saya tak pernah rasa perlu kejar mana-mana anugerah. Fokus saya lain iaitu hanya ingin menghiburkan khalayak.
“Kalau saya menyanyi atas pentas sesebuah acara anugerah pun, persoalan itu tak pernah terlintas pun.
“Itu bukan permainan saya sebagai anak seni,” katanya seperti dipetik HibGlam.
Tegasnya, dia tidak pernah merasa cemburu melihat ramai rakan seperjuangan meraih pengiktirafan.
Buat Alif, anugerah mahu pun pengiktirafan tidak seharusnya menjadi tekanan, sebaliknya dia perlu sentiasa yakin dengan rezeki Tuhan.
“Saya pernah rasa tekanan untuk semua itu apatah lagi nak berlumba dengan orang lain, lebih selesa dalam haluan sendiri.
“Orang tak akan ingat pun jenis dan bila seorang artis itu dapat anugerah. Itu cara saya.
“Saya cuma mahu menjadi versi terbaik Alif Satar dan mahu dikenali sebagai individu positif serta beri semula segala dimiliki kepada masyarakat,” tambahnya.
Baca juga: Naikkan berat lebih 20kg demi watak, Shaheizy Sam akui cepat mengah, berpeluh