Seorang peniaga dalam talian di Indonesia mencetuskan sensasi selepas dilaporkan menjual ‘pahala’ di platform e-dagang popular, Shopee, dengan harga serendah 100 rupiah (sekitar RM0.03).
Iklan yang kelihatan seperti parodi ini bukan iklan main-main kerana sehingga kini telah menerima hampir 3,000 pembelian.
Peniaga tersebut menyenaraikan produk dengan nama “Pahala” lengkap dengan imej bercahaya menyerupai sinaran matahari dan memperoleh penilaian penuh lima bintang hasil daripada lebih 500 ulasan pengguna.
Apa yang lebih menghairankan, ulasan yang ditinggalkan pembeli membuatkan ramai kebingungan.
“Pahalanya cepat sekali sampai. Habis beli ini saya jadi lebih bersinar. Buat kalian yang dosanya banyak, recommended sangat beli pahala di sini. Harganya juga murah sekali jadi bisa beli banyak buat dibagi-bagi”.
Ada yang berkata idea tersebut sememangnya dikira sebagai pahala kepada pembeli kerana mereka sebenarnya bersedekah kepada seller berkenaan.
Segelintir individu pula mengkritik dan berpendapat itu adalah taktik pengemis zaman moden yang juga turut melakukan modus operandi sama di Facebook Marketplace.

Baca juga: Group ‘pedo’ di facebook ada 12 ribu ahli, semua ‘pervert’