Semakin ramai usahawan sertai inisiatif Payung Rahmah

Oleh MALAYSIADATELINE

Inisiatif Payung Rahmah yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus berkembang di seluruh negara dengan semakin ramai usahawan tempatan yang mengambil bahagian.

Menteri berkenaan Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata Szblooms antara syarikat tempatan yang menyertai inisiatif itu dengan melancarkan Jualan Rahmah hari ini, yang menawarkan produk barangan kelengkapan berjenama antarabangsa pada harga diskaun serendah RM49.90.

Beliau berkata inisiatif Payung Rahmah itu merupakan manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang kerajaan kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan strategik yang terlibat.

Baca Artikel Penuh