Seorang wanita berkongsi pengalaman lucu mengenang kembali tingkah jirannya yang sering mendabik dada soal kahwin empat, namun pada masa sama bukanlah orang yang berkemampuan.
Menerusi satu hantaran di media sosial, wanita tersebut berkata, jirannya suka bercakap besar apabila menyentuh isu berkahwin lebih daripada satu.
Dakwanya, lelaki berkenaan pernah menyatakan mampu mengendalikan empat isteri kerana sudah membentuk isteri pertamanya agar taat sepenuhnya.
“Dia kata kalau nak beristeri empat pun dia mampu. Kononnya bini dia sejak awal dah diajar tunduk dan tak bantah kehendak dia.
“Dia memang rancang nak tambah cawangan, sembang memang kencang,” kata wanita berkenaan.
Namun wanita itu tergelak selepas terkenang insiden terserempak dengan lelaki terbabit ketika membeli keperluan dapur.
“Aku teringat pernah terserempak dia beli barang dapur, bergaduh dengan budak cashier sebab MyKasih dia ada masalah.
“Beli barang dapur pun harap MyKasih, ada hati nak ada cawangan sampai empat,” sindir wanita itu.
Perkongsian itu meraih perhatian ramai netizen yang rata-rata mengecam lelaki seperti itu yang bercakap soal poligami tanpa mengukur kemampuan kewangan sendiri.
Baca juga: Rosmah menang saman RM100,000 isu difitnah amal ilmu hitam