Sempat bermaaf-maafan, Datuk Red sah bercerai dengan isteri pertama

Oleh MAISARAH AISYA

Masih lagi bersedih selepas sah bercerai dengan isteri kedua yang juga penyanyi Adira Suhaimi, kini Datuk Red akur kembali setelah sah bercerai dengan isteri pertama.

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu sah melafazkan talak kepada isteri pertamanya Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim.

Lafaz talak itu berlaku pada jam 10.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor, hari ini.

Menurut portal Gempak, lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.

Berdasarkan dokumen yang dibacakan peguam Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Amzan, Sharifah dikatakan bersetuju untuk tidak membuat beberapa tuntutan terhadap bekas suaminya.

Antaranya perjanjian yang dilakukan Sharifah atau Datin Red adalah tidak menuntut nafkah iddah dan mutah.

Baca Artikel Penuh