Semut banyak sangat dalam bekas gula, masukkan bahan ni ‘confirm’ hilang, tak perlu jemur lagi!

Oleh MAISARAH AISYA

Bab semut ni memang sukar betul nak jangka kedudukan mereka, kadang-kadang dalam lubang kecil, dekat soket elektrik, dan paling banyak dalam bekas gula.

Walaupun bekas sudah ditutup rapat masih ada semut dalam bekas gula, tidak kira ia disimpan di mana sekalipun.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Ameera mengenai cara cepat menghalau semut dengan menggunakan satu bahan sahaja.

Tip halau semut

Bahan-bahan:

  • Bekas gula yang dipenuhi semut
  • Kulit kayu manis

Cara-cara:

1. Ambil balang gula yang penuh dengan semut kemudian letak beberapa batang kulit kayu manis di dalamnya.

2. Biarkan balang atau plastik berisi gula terbuka supaya semua boleh keluar.

3. Selepas satu jam semut dalam balang akan hilang dari balang. Jika masih ada, biarkan lagi kulit kayu manis di dalamnya hingga semut tiada.

4. Sebaiknya periksa jika ada semut mati yang tertinggal dalam bekas gula, keluarkan sebelum ditutup ketat.

Komen netizen

Pengguna Facebook turut meninggalkan tip masing-masing tentang cara mereka memastikan tiada semut dalam bekas gula.

“Kalau saya, kena jemur dahulu bawah matahari. Lepas tu nak masuk balang semula, baru letak kayu manis, cengkih, lawang, asal boleh.

“Ikut senang, letak sahaja gula dalam peti ais, tak ada pening kepala nak fikir semut.

“Bagi saya pula, saya letak lada kering dalam bekas gula, tak sampai satu jam hilang semuanya,” antara komen netizen.

Baca juga: Taktik perdaya peniaga tak berjaya, pelanggan kantoi beli burger RM9 tapi bayar 9 sen