Senang rupanya nak buat! Ini resipi kuetiau theng, sekali makan mesti bertambah!

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya bosan kalau asyik masak benda sama sahaja, jadi mesti ramai yang sibuk mencari resipi baru dekat media sosial.

Bagi peminat kuetiau, mestilah dah bosan kalau asyik goreng sahaja, haa boleh cuba resipi kuetiau theng ni.

Resipi milik Nor Khomariah Norrohman dimuat naik semula oleh Zulkifli Mat menerusi halaman Facebook ‘Aneka Resepi Untuk Anda’.

Resipi kuetiau theng

Bahan-bahan:

  • Kuetiau
  • Isi Ayam
  • Daun Bawang
  • Bawang putih
  • Sawi
  • bebola ayam / ikan
  • Fishcake
  • Kicap cair
  • Cili padi
  • Lada sulah
  • 2 ketul kiub ayam
  • air scukupnya

Cara buat kuah:

  1. Didihkan air, masukkan 2 ketul kiub ayam.
  2. Kemudian masukkan isi ayam, bila isi ayam dah masak keluarkan isi ayam.
  3. Bila dah sejuk carik-carikkan ayam tersebut.
  4. Masukkan bebola dan fishcake rebus sekejap dan toskan. Bolehlah hiris fishcake tadi.
  5. Kuah dia saya tak tambah apa dah, kiub tu dah cukup rasa.

Cara buat minyak bawang putih:

Baca Artikel Penuh