Industri hiburan tanah air tidak pernah lekang dengan cerita-cerita panas membabitkan kehidupan peribadi selebriti termasuk kisah pergolakan rumah tangga mereka.
Tahun 2024 menyaksikan banyak kes perceraian berlaku termasuklah dalam kalangan artis yang dahulu tampak begitu bahagia, tetapi secara tiba-tiba memfailkan perceraian.
Ada juga kes yang senyap-senyap sudah bercerai tetapi tidak diketahui ramai.
Kami senaraikan enam pasangan selebriti yang memilih untuk meletak titik noktah dalam perkahwinan mereka tahun lepas.
1) Adira, Datuk Red bercerai
Penyanyi Adira Suhaimi, 32, dan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red, 46, sah bercerai talak satu pada 24 April 2024.
Tidak sampai sebulan bercerai, Datuk Red dan isteri pertamanya Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim, 38, pula dilaporkan turut bercerai pada 13 Mei.
2) Aliff Aziz, Bella
Konflik rumah tangga Aliff Aziz, 33, dan Bella Astillah, 30, antara yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia kerana perceraian mereka bermula selepas Aliff ditangkap berkhalwat dengan teman baik Bella, Ruhainies.
Mereka bercerai pada 13 Jun.
3) Syamsul Yusoff, Ira Kazar
Tidak sampai dua tahun bergelar suami isteri, pengarah dan, Syamsul Yusof sah bercerai talak satu dengan Ira Kazar pada 25 September.
Perceraian didakwa kerana Ira melanggar taklik sebanyak lima kali.
Sebelum itu pada 13 Jun 2023 Syamsul bercerai dengan aktres Puteri Sarah Liyana.
4) Emma Maembong, Shazli Azhad
Pelakon jelita, Emma Maembong mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Muhammad Shazli Azhar selepas empat tahun berumahtangga.
Kisah perceraian aktres ini paling “sejuk” dan tidak menjadi kontroversi namun tetap mengejutkan rakyat Malaysia.
Emma hanya mendedahkan perkara itu pada 7 Oktober 2024 selepas tiga bulan sah bercerai
5) Nora Danish, Nedim berpisah cara baik
Walaupun sudah mengaku tidak tinggal sebumbung, perceraian yang berlaku di antara Nora Danish dan Nedim Nazri tetap mengejutkan ramai.
Pasangan itu bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding yang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
6) Ikatan Fatah Amin, Fazura terlerai
Ikatan perkahwinan selama hampir tujuh tahun yang dibina pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya terlerai apabila sah bercerai talak satu pada 7 Oktober.
Baca juga: Warga Myanmar jual Mi Wantan di Malaysia raih pendapatan 5 angka, siap hantar anak ke sekolah swasta