Seorang lelaki berkongsi pengalaman ‘seram’ ketika cuba untuk menginap di sebuah hotel yang telah ditempah secara online.
Mencari tempat untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan esok hari, lelaki itu membuat keputusan untuk menempah hotel.
Oleh kerana cuma mahu tidur sebentar, lelaki itu menempah bilik di rangkaian hotel murah berdekatan melalui aplikasi atas talian.
Tidak terlalu memilih, lelaki itu segera membuat pembayaran penginapan melalui atas talian tanpa berfikir dua kali.
Sejurus sampai ke lokasi, alangkah terkejutnya apabila dia mendapati bangunan itu gelap gelita dan langsung tidak berpenghuni.
“Entah apa nasib, dah tempah dan bayar hotel. Tapi bila sampai, hotel kunci, tiada penghuni, hotel gelap.
“Telefon customer service, katanya dalam 45 minit baru boleh bagi kata putus,” ciap @iRaesmee.
Rupa-rupanya hotel itu telah lama ditutup, dia terpaksa walk-in dan mengeluarkan wang untuk menginap di hotel lain.
Bernasib baik, kakitangan aplikasi atas talian itu memulangkan semula pembayaran yang telah dibuat dengan secepat mungkin.
Pihak pengurusan rangkaian hotel murah itu turut menghubungi lelaki terbabit untuk membuat permohonan maaf.
Baca juga: Tunjuk jari satu tanda lelaki curang, Nabil Ahmad mengamuk!