Seram sejuk! Pekerja terkejut dapat tempahan pasang WiFi di kubur, nama pelanggan ada dekat batu nisan

Oleh MAISARAH AISYA

Banyak betul pesanan pelik zaman sekarang, bila sampai di tempat kejadian sebenarnya tak ada siapa pun mendiami kawasan tersebut.

Nak bersangka baik pun susah, kalau ada yang mahu mempermainkan, tak rasa pula logik untuk bergurau mengenai hal itu.

Dua pekerja syarikat penyedia internet di Indonesia terkejut apabila mengetahui ada tempahan untuk memasang perkhidmatan Wi-Fi di sebuah kawasan perkuburan.

Menurut laman berita Milik Indonesia, kejadian tersebut dikatakan berlaku di Banyuwangi, wilayah Jawa Timur.

Dua pekerja tersebut mula rasa keliru akan permintaan tersebut apatah lagi selepas meilhat lokasinya adalah di kawasan kubur yang semestinya jarang ada penghuni bernaywa.

“Bagaimana sekarang? Dapat tempahan pemasangan Wi-Fi tetapi apabila diberikan lokasi, rupa-rupanya ia kawasan perkuburan,” kata salah seorang daripada mereka.

Lebih menyeramkan nama pelanggan yang memesan perkhidmatan mereka ada di atas batu nisan menyebabkan mereka menganggap ada pihak sengaja buat sedemikian.

“Astaghfirullahalazim. Orang ini agaknya tidak ada kerja lain mahu dibuat. Di sini ada nama Zaenal,” katanya sambil menunjukkan sebuah batu nisan bertulis nama yang sama.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen dengan ada yang berkata bahawa ada pihak sekadar mahu bergurau.

Sehingga kini masih tiada maklumat lanjut mengenai individu yang didakwa membuat pesanan tersebut dan ia kekal misteri.

Baca juga: Siap pesan suruh duduk sebelah pemandu, abang grab terkejut lelaki minta hantarkan jenazah