Zaman sekarang ini banyak yang sudah tidak segan silu menyatakan rasa cinta walaupun dengan kaum sejantina.
Itulah yang dialami penyanyi Shiha Zikir apabila dia mendakwa pernah diganggu seorang wanita ketika siaran langsung di TikTok.
Menurut Berita Harian, Shiha berkongsi wanita tersebut cuba untuk menyertai siaran langsung, pada mulanya dia menganggap peminat namun sebenarnya tidak.
“Sekarang saya selalu buat ‘live’ di TikTok untuk lebih dekat dengan peminat yang menyokong kerjaya saya.
“Tapi, ada satu hari, saya terima ‘request’ daripada seorang wanita untuk masuk ‘live’ saya. Rupa-rupanya hendak ‘mencuba’ saya, macam minat dekat saya.
“Disebabkan itu, saya terkejut sebab selalunya lelaki yang hendak ‘mencuba’, tetapi kali ini perempuan.
“Saya rasa wanita ini tidak tahu saya ini selebriti, sebab itulah berani buat begitu. Tengok macam orang Malaysia, tetapi mungkin menetap di luar negara,” katanya seperti dipetik Berita Harian.
Bukan setakat itu, dia juga diganggu wanita yang berperwatakan seperti lelaki di kedai makan, hingga menghantar mesej rindu melalui sosial medianya.
“Ada juga satu kejadian berlaku tahun lalu, saya sering berjumpa dengan seorang wanita ini di kedai makan. Dia macam ‘boyish’ (perempuan berperwatakan lelaki).
“Kemudian, dia ada mencari saya dalam media sosial. Awalnya macam okay, tapi lama-kelamaan saya rasa macam pelik.
“Sekarang wanita ini sudah berhenti ganggu saya. Dia pernah mesej tanya kenapa sudah lama tak nampak di kedai makan, kata rindu. Saya baca sahaja mesej, tapi tidak balas pun,” katanya.
Namun dia sebolehnya tidak mahu menilai seseorang dan memilih berkawan dengan sesiapa pun, baginya pengakhiran setiap individu itu berbeza.