Meskipun sudah memasuki usia 50-an, pelakon wanita ini masih kekal kelihatan muda ditambah dirinya yang sentiasa menjaga berat badan.
Malah pelakon Datin Seri Maria Farida juga mendedahkan bahawa dia sering diganggu lelaki yang lebih muda usianya.
Namun itu tidak mematahkan semangat untuk terus kekal setia bersama suami Datuk Seri Rahman Sakur yang dikahwini sembilan tahun lalu lapor Kosmo! Online.
“Selalu juga diganggu dan memang ramai lelaki yang mencuba nasib menerusi platform media sosial.
“Namun saya masih bahagia dengan rumah tangga dan apa yang tawarkan langsung tak sama dengan apa yang suami berikan.
“Saya bahagia dan tak perlukan semua itu,” katanya kepada Kosmo! Online.
Kata pelakon berusia 55 tahun itu, dia menganggap segala komen adalah usikan nakal dan tidak pernah membalas mahupun melayan hal sedemikian.
“Saya abaikan sahaja semua itu dan sudah biasa dengan gangguan sebegitu.
“Biasalah, mereka nak ajak ‘dating’, kahwin dan saya hanya gelak sahaja baca semua itu,” ujarnya.
Sebelum perkahwinan bersama suami terkini, Maria pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Baca juga: Intan Najuwa nafi guna duit suami, tanggung sendiri belanja barang bayi di London & Sepanyol