Sesama Melayu pun dengki, pemuda dedah ada orang ‘report’ Malakat Mall sebab buat solat jemaah di lobi

Oleh KIM SYAZIE

Seorang individu mendedahkan ada orang Melayu Islam yang ‘panas punggung’ melihat pengunjung Malakat Mall menunaikan solat jemaah secara terbuka di pusat beli belah itu.

Menurut seorang pengguna Facebook bernama Adzhar, dia mendakwa ada individu yang sanggup membuat laporan ke pejabat mufti hanya kerana Malakat Mall membenarkan individu solat secara terbuka di ruang lobi berkenaan.

Malakat Mall sememangnya menyediakan satu ruang terbuka di kawasan lobi untuk umat Islam menunaikan solat berjemaah.

“Cabaran Malakat Mall yang pelik-pelik. Buat solat jemaah di lobi utama mall, diadukan kami kepada Pejabat Mufti Negeri.

“Datanglah pegawai Mufti dan kami terangkan alasan kami dan mereka terima. Yang buat report tu muslim ya sahabat-sahabatku sekalian,” tulisnya di Facebook.

Sekadar info, Malakat Mall ditubuhkan untuk mengetengahkan barangan keluaran Islam dan bumiputera, rentetan daripada isu produk keluaran muslim yang ‘dianaktirikan’ dan kurang mendapat sambutan di pasar raya.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata memberi sokongan kepada Malakat Mall untuk terus menjalankan konsep solat terbuka dan tidak menghiraukan laporan-laporan dari mereka yang panas hati.

“Orang “Melayu Islam” ni baru pindah Malaysia ke tuan? Malakat Mall dah lama buat solat berjemaah di ruang legar/lobi. Apalah manusia macam ni,” komen pengguna Facebook.

“Buatlah yang terbaik. Berdakwah dan perjuangkan Islam. Siapa nak report biarkan, Allah maha adil,” komen yang lain

Baca juga: Lelaki ikhlas sila angkat tangan, pemilik bibir ‘tertebal’ di dunia sedang cari jodoh