Setahun kahwin tapi tak pernah disentuh suami, sekali lihat telefon terus terduduk isteri

Oleh KIM SYAZIE

Apabila sudah lanjut usia dan tekanan daripada orang sekeliling mampu membuatkan seseorang itu membuat keputusan tanpa berfikir secara rasional.

Seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Siti (bukan nama sebenar) menceritakan kembali detik bertemu suami yang sudah dihujung 40-an.

Baru berusia awal 30-an, dia membuat keputusan untuk bercinta selepas bernikah dek kerana faktor usia.

Pada awal perhubungan, si suami ada melontarkan kata untuk bersama namun terhalang kerana wanita itu sedang haid.

Kali kedua pula si suami tidak bernafsu dan setiap kali mencuba hal yang sama berlaku hinggalah perkahwinan mereka menginjak setahun.

Disebabkan Siti bekerja jauh maka mereka hanya berjuma sekali dalam dua minggu namun si suami tidak pernah teruja melihatnya walhal sudah berjauhan.

Suaminya bukanlah alim tapi sangat menitik beratkan soal solat dan menjaga aurat sehinggalah satu hari terdetik di hatinya adakah suaminya songsang.

Entah bagaimana satu hari Allah detikan hatinya untuk melihat suami membuka telefon dan dia jelas melihat kata laluan milik suami.

Alangkah terkejutnya dia melihat satu mesej berserta gambar tiket penerbangan yang akan tiba tak lama lagi.

Lebih mengejutkan mesej tersebut adalah dari seorang lelaki juga dan jelas dari perbualan, mereka adalah pasangan serta melakukan benda terlarang.

Bimbang dimarahi kerana menganggu privasi, Siti memilih untuk mediamkan diri malah tidak mampu berdepan suami.

Siti hanya mampu berserah kepada tuhan dan berdoa agar suaminya berubah satu hari nanti dan kembali ke jalan yang benar.

Baca juga: Dilarang makan ubat batuk dan selsema, budak 2 tahun ke bawah berisiko sawan