Setpol MP antara didakwa esok

Oleh ARIF ATAN

Dua individu yang mempunyai kaitan dengan seorang Ahli Parlimen di Selangor akan didakwa di Mahkamah Sesyen esok, atas tuduhan meminta wang RM55,000 sebagai dorongan tidak melaporkan kesalahan kepada Jabatan Imigresen.

Kesalahan itu dilaporkan berlaku di sebuah restoran di ibu negara pada September 2017.

Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata pihaknya mengumpul bukti sebelum membawa kes itu ke proses undang-undang seterusnya.

“Kedua-dua lelaki iaitu Setiausaha Politik dan bekas kerani kepada Ahli Parlimen berkenaan akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta esok,” katanya.