Tempat tinggal yang selesa merupakan perkara asas yang seseorang itu impikan. Namun lain ceritanya bagi wanita muda ini apabila sanggup tinggal di tandas pejabatnya.
Memetik laporan Oddity Central, wanita dari China itu nekad tinggal di tandas kerana sewa di kawasan pejabatnya sangat mahal.
Katanya, dia hanya membayar sewa 50 yuan(AS$7) untuk tinggal di tandas berkeluasan enam kaki persegi ini di tempat kerjanya.
Selepas berita mengenai wanita ini tular, bos wanita itu tampil di media sosial untuk mengesahkan bahawa wanita itu memang tidur di tandas berkeluasan enam kaki persegi di kilangnya.
“Dia berkeras untuk membayar saya tambahan 50 yuan untuk bil air dan elektrik setiap bulan, tetapi saya tidak mahu mengambil wang tersebut,” kata bos wanita itu, sambil menambah bahawa kilang perabot borong itu terletak di taman industri terpencil yang tidak memberikan banyak pilihan sewa rumah yang mampu dibayar.
Wanita berasal dari Hunan, China itu baru-baru ini mengejutkan dunia selepas dia memuat naik gambar-gambar tempat tinggalnya iaitu sebuah tandas yang kecil dan tidak digunakan di dalam kilang perabot tempat dia bekerja.
Wanita berusia 19 tahun itu menjelaskan bahawa dia berasal dari keluarga susah dan tidak mampu membayar sewa rumah yang mencecah AS$110, jadi dia meminta izin daripada bosnya untuk tinggal di situ.
baca: Pelancong Korea terkejut, kenapa pusat beli belah di Malaysia caj RM2 masuk tandas