Jika dilihat bayaran sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) tidaklah semahal dan boleh dibayar oleh mereka yang bekerja.
Namun masih ada yang memandang ringan pembayaran rumah hingga tunggakan mencecah puluhan ribuan ringgit.
Lebih menyakitkan hati, amaran yang diberikan juga tidak menakutkan golongan ini hinggalah rumah mereka diserbu pihak berkuasa.
Menerusi Operasi Penguatkuasaan Tunggakan Sewa oleh Majlis Bandaraya Seremban, masih ada penghuni Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi (PPR Paroi) yang tidak menjelaskan bayaran rumah didiami.
Operasi ini melibatkan seramai 30 anggota bersama ahli majlis MBS dan pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta yang dilaksanakan pada 12 Disember 2024.
Tindakan diambil setelah didapati penyewa gagal membayar sewa sehingga mencecah RM20,000.
Manakala pihak berkuasa mengambil tindakan dengan mengarahkan agar premis dikunci atau pintu dan tingkap premis ditanggalkan serta dipasang semula selepas pembayaran dijelaskan.
Rata-rata netizen kecewa dengan mereka yang sewenangnya melepasan tanggungjawab sedangkan sebulan harga sewa tidak mencecah RM200.
“PPR ni kira ok lah. Kau tak bayar sewa setahun pun mereka faham tapi ramai ambil kesempatan. Kereta ada, makan mewah tapi sewa tak sampai RM200 pun culas nak bayar
“Sebulan bayar RM150 pun sangkut, aku yang kerja macam nak gila untuk bayar sewa rumah lebih RM900, naik lemak eh dapat rumah murah.
“Bukan tak mampu tapi malas bayar. Saudara aku duduk rumah PPR, pergi melancong tapi sewa rumah tertunggak pastu label orang lain kejam sebab ambil tindakan,” antara komen netizen.
Baca juga: Orang Jepun buat Alphard jadi teksi je, di Malaysia dianggap kereta mewah