Filem Sheriff yang dibintangi Zul Ariffin dan Syafiq Kyle sebagai watak utama berjaya meraih kutipan paling tinggi mengatasi filem antarabangsa lain yang disiarkan di negara ini
Filem terbitan Astro Shaw itu meraih kutipan RM60.5 juta sekali gus menjadikan Sheriff sebagai filem tempatan paling laris tahun lalu.
Ia berjaya menewaskan kutipan filem Deadpool & Wolverine yang berada di tangga kedua dengan jumlah kutipan RM32.5 juta di negara ini.
Melihat kejayaan luar biasa itu, Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad meluahkan rasa syukur kerana filem-filem terbitan Astro Shaw mampu memberi impak kepada penonton selain meraih pengiktirafan di pentas anugerah.
“Kami sangat komited dalam menyampaikan cerita-cerita menarik dengan produksi berkualiti tinggi, dan berhasrat menerajui perubahan dalam industri perfileman kita.
Berada dalam carta Top 10 filem terlaris di Malaysia membuktikan kerja keras pasukan kami sama ada di depan atau belakang tabir yang merealisasikan hasrat ini,” katanya memetik Harian Metro semalam.
Selain Sheriff, filem terbitan Astro Shaw iaitu Takluk: Lahad Datu berjaya berada di tangga keempat dengan jumlah kutipan RM26.9 juta, diikuti Kahar: Kapla High Council di tangga ke-15 (RM13.4 juta) dan The Experts (RM12.4 juta) di kedudukan ke-17 untuk Top 20 filem yang berjaya mendapat kutipan tertinggi tahun lalu.
Baca juga: Patutlah ramai pelanggan! Pemuda kongsi 7 rahsia servis di restoran mamak