Si Bulus telan duit RM18K, pasangan suami isteri berputih mata tengok

Oleh ROSLAN ZAMAN

Siapas sahaja tidak terkejut jika haiwan peliharaan yang sering berkelakuan baik tiba-tiba menggila dengan menggigit wang tunai.

Apatah lagi anjing dikenali sebagai haiwan yang sering menurut kata tuannya, tapi lain pula kejadian kali ini.

Menurut New York Post, sepasang suami isteri di Pennsylvania terkejut apabila mendapati haiwan baka Goldendoodle makan wang tunai berjumlah AS$4,000 (RM18,548).

Haiwan baka Goldendoodle.

Carrie Law memaklumkan dia meletakkan sampul surat berisi wang dengan not AS$50 dan AS$100 di dapur.

Selepas 30 minit, suaminya, Clayton terkejut melihat cebisan wang kertas di atas lantai di dapur rumah mereka.

Mereka sama sekali tidka menyangka anjing yang kini berusia 7 tahun itu memakan duit tersebut kerana tidak pernah ‘mencuri’ apa-apa di dapur termasuk makanan.

Baca Artikel Penuh