Industri hiburan dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat oleh pelakon aksi terkenal, Datuk Aaron Aziz demi memenuhi kehendak Syamsul Yusof.
Bersaksikan kitab suci al-Quran, Aaron bersumpah setiap perkataan yang keluar dari mulut untuk membela dirinya adalah benar.
“Kepada orang lain yang nak sangat tahu apa berlaku, Lillahi Taala, depan al-Quran, aku tak bohong.
“Kalau kau nak cakap aku bohong, kau jawab sendiri kat Padang Mahsyar, Allah sebagai saksi aku,” sumpah Aaron.
Pelakon asal Singapura itu berkata, beliau terpaksa mengambil suntikan demi mendapatkan tubuh badan ideal yang dikehendaki pengarah itu.
Atas permintaan Syamsul, suntikan itu diambil bagi menjayakan watak di dalam filem arahannya, The Original Gangster.
“Kau cakap nak badan aku macam ni sambil tunjuk macam dalam gambar. Aku jawab; kalau nak badan macam ni kena cucuk, bro. Dan kau jawab; pergi cucuk.
“Aku cucuk (ubat) hari-hari macam orang gila, sakit pun sakitlah,” katanya yang memuat naik video tersebut di akaun Instagram miliknya.
Pendedahan tersebut dibuat bagi mengulas kenyataan Syamsul bahawa aktor itu telah berusia, berisi dan mempunyai masalah kesihatan.
Baca juga: Rela kutip sampah untuk bayar yuran anak, ‘Saya tak pandai, nak bagi anak pandai’ – Bapa