Teguran yang dibuat kepada pendakwah selebrti bukanlah daripada kalangan orang biasa sahaja malah Mufti, pakar hadis dan ahli Majlis Fatwa juga melakukan perkara sama.
Namun ada selebriti yang masih mahu mempertahankan ustaz Don meskipun sudah ditegur bekali-kali.
Ini termasuk pengacara Meletop, Nabil Ahmad tanpa segan silu bersuara akan isu tersebut sehingga melabel orang yang menegur sebagai bijak pandai dan buat penghasutan.
“Cakap mengenai pengorbanan, tanggungjawab. sekarang ni kita tengah melalui satu zaman dimana ustaz-ustaz kita diuji
“Macam contoh sekarang ni banyak ustaz direhatkan. Bila mana ada orang yang terlebih bijak dan pandai buat penghasutan padahal benda tu ada kebenaran dia.
“Kalau tak ada sekalipun mungkin boleh diperbincang dengan cara yang baik tapi para ustaz ni sedang diuji.
“Sedangkan mereka sedang berkorban masa jiwa keluarga agama untuk nak berdakwah,” ujarnya dalam klip pendek Meletop.
Rata-rata netizen tidak senang dengan kata-kata yang diucapkan Nabil kerana dilihat terlalu menjaga air muka sahabat
“Wah Nabil, bukan main lagi nak backup Ustaz Selebriti, sampai boleh kata macam ni. ‘Bila mana ada orang yang terlebih bijak dan pandai buat penghasutan’.
“Nabil sedar ke tak, yang menegur datangnya dari Mufti, dari pakar hadith, dari ahli Majlis fatwa?
“Rosak agama ni kalau banyak berkiblatkan ‘selebriti’. bukan al-Quran dan hadis Nabi,” ujar seorang pengguna X.
Ustaz Harry walaupun menjawab, dia menganggap soalan dari Nabil sebagai ‘mencari pasal’ malah Pencetus Ummah (PU) Amin memilih untuk tidak mengulas isu tersebut.
Baca juga: ‘Abang baju oren’ ubat rindu peminat, tampil dengan lagu Panggilan Haji versi baharu