Siapa yang Idris mahu halau dari PAS, soal Mahfuz

Oleh MALAYSIADATELINE

Kenyataan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad yang menyeru mana-mana idividu PAS yang nak PAS bergabung dengan Umno supaya meninggalkan PAS suatu yang mengejtukan dan merunsingkan ahli-ahli akar umbi parti itu. Siapakah yang dimaksudkan oleh beliau itu?

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata persoalannya bukan bersetuju atau tidak dengan isu PAS bergabung, bekerjasama atau bertahaluf dengan Umno-BN.

Tetapi katanya, kerunsingan ahli kerana dilihat tiada ketentuan haluan masa depan politik PAS dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 dan Pilihanraya Negeri ke 11 Sarawak.

“Saya tidak tahu apa tujuan dan maksud daripada kenyataan Idris itu.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dua hari lalu, dalam satu kenyataan di media rasmi PAS, Harakah Online, berkata, PAS pernah kehilangan Yang Dipertua PAS Ustaz Haji Ahmad Fuad, Datuk Asri Muda, Naib Presiden PAS Ustaz Nakhaie Ahmad, Panglima Jihad Ustaz Hasan Adli, Setiausaha Agung PAS Ustaz Osman Abdullah dan banyak lagi tokoh yang kini katanya ‘lari’ bersama Umno.

“Pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi,” ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang dengan lantangnya.

Justeru Mahfuz berkata ramai ahli perbandangan kenyataan itu seolah-olah wujudnya usaha pihak tertentu dalam PAS untuk bergabung, bekerjasama, bertahaluf antara PAS dan UMNO-BN.

Malah Mahfuz berkata sudah tentu kenyataan di buat Idris itu mengambarkan beliau mahu individu tersebut meninggalkan PAS kerana usaha yang dilakukan itu.

“Kalau ahli biasa  dalam PAS, mereka percaya Ustaz Idris  tidak perlu buat kenyataan untuk meminta individu itu meninggalkan PAS kerana sekadar ahli biasa tidak memberikan kesan untuk menjadikannya  sebagai keputusan kepada parti.

“Jadi kenyataan beliau tu semacam wujud dua pihak dalam kepimpinaan PAS hari ini. Satu pihak yang mahu bergabung, bekerjasama atau bertahaluf dengan UMNO-BN. Manakala satu pihak lagi menentang mereka,” ujarnya yang dihujani dengan pelbagai pertanyaan di kalanga ahli-ahli PAS untuk mendapatkan pencerahan setelah kenyataan Ustaz Idris itu tersiar..

“Saya hanya menjawab saya tiada maklumat apa yang sedang bergolak dalam PAS tentang isu kerjasama PAS-Umno ini.

“Ahli-ahli menytakan wujud kenyataan begitu,  pada pandangan mereka telah berlaku percanggahan terbuka di kalangan pimpinan.

“Ditambah lagi dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai masa depan dan haluan politik PAS,” ujarnya.

Justeru beliau percaya kerisauan ahli-ahli PAS dalam isu ini ada asasnya dan bukan soal bersetuju atau menentang kerjasama.

“Saya percaya mereka boleh menerima keputusan hatta untuk bekerjasama dan bertahaluf dengan Umno-BN.

“Apa yang penting bagi mereka ialah keputusan yang pasti. Saya hanya nyatakan kepada mereka bertenang dan bersabar dalam menanti episod seterusnya.

“Saya percaya semua akan berakkhir dengan kepastian dan kesudahannya nanti.” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.