Walaupun sering melakukan banyak perkara dalam satu masa, para wanita diingatkan untuk lebih beri perhatian jika sedang melakuan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan bahaya.
Seorang wanita merasa pelik selepas terbau benda hangit di dapur selepas terlupa nasi yang sedang dikukus.
Pengguna Facebook, Nik Hakimah menerusi satu hantaran memaklumkan bagaimana dia terlupa mengenai nasi yang dikukus selepas sibuk membayar bil.
“Kukus nasi. Bawah rebus telur la konon. Pergilah bayar bil sekali ada bunyi meletup tap buat tak tahu je.
“Tak ingat langsung tengah kukus nasi, pergi belakang tengok asap dah berkepul. Nasi pun dah bau hangit terpaksa buang semua,” ujarnya.
Wanita tersebut juga menyatakan bahawa dapurnya terletak di luar jadi dia tidak menghidu bau asap.
Rata rata warganet menasihatkan wanita tersebut untuk lebih peka, bimbang habis rumah terbakar dek kerana terlupa.
Nasib tak terbakar rumah ini sebagai peringatan agar hati-hati. ALlah masih beri rezeki periuk dan dapur tak meletup.
“Kalau dah Allah tak nak bagi rezeki duduk rumah tu dah terbakar baru nak menangis tak berlagu,” kata Torsinah Hassan.
Kalau tak terbakar rumah mungkin boleh jadi bahan jenaka di masa depan namun jika tinggal sehelai sepinggang sebab salah kecil maka terpaksa menanggung rasa bersalah selamanya.
Baca juga: Lelaki dikecam minta rakan bayar kos melamar kekasih, habis lebih RM40,000 hanya untuk dron