Kesibukan bekerja menyebabkan ramai terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, malah ada yang terpaksa berbuka di dalam kereta.
Lain pula dengan nasib penghantar barang yang berusaha untuk memastikan setiap parcel pelanggan sampai pada waktu tepat.
Seorang pengguna media sosial, @dayahdimana2 memuat naik video keluarganya menjemput seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar barang untuk berbuka sama.
“Ajak abang J&T makan dekat rumah, kesian dia orang tengah berbuka dia hantar parcel,” kongsinya di TikTok.
Rata-rata netizen memuji sikap tuan rumah, ada juga yang berkongsi ragam ahli keluarga yang bekerja sebagai penghantar barang.
“Suami saya kerja sebagai penghantar barang juga, setiap hari ada sahaja makanan tuan rumah bagi, siap dapat nasi kandar, tak pandang dah lauk isteri masak.
“Terima kasih buat keluarga ni, saya dulu pernah juga hantar untuk pelajar, mereka siap ajak makan sekali lagi.
“Beri orang makan masa berbuka besar pahalanya, semoga Allah SWT permurahkan rezeki mereka sekeluarga.
“Mak saya pernah tolong cajkan telefon penghantar barang sebab dia tak boleh nak scan barang, siap pelawa makan dengan minum sebab dah malam jadi ibu rasa kesian,” antara kisah dikongsi netizen.
Baca juga: Konopi rosak teruk sebab ribut, netizen bingung peniaga salahkan DBKL