Sibuk sembang lucah dengan suami orang, siap soal kenapa isteri tak mengandung masa seminggu nikah

Oleh KIM SYAZIE

Gurau atau sembang lucah dalam kalangan pekerja di Malaysia sudah menjadi satu norma maka ia tidak terasa seperti satu kesalahan.

Hal ini banyak terjadi dalam kalangan pekerja yang sudah berkahwin dan mereka merasakan ia normal untuk berkongsi hal dalam kelambu dengan rakan sekerja.

Seorang wanita meluahkan rasa terkejut apabila melihat teks perbualan suami bersama rakan wanita di pejabat.

“Ternampak teks perbualan suami dengan kawan perempuan dia (isteri orang) mengenai ‘tak pancut dalam’.

“Sebab kawan dia tanya kenapa saya belum mengandung dalam seminggu lepas kami nikah. Saya rasa macam biadap tapi dia (suami) cakap itu adalah normal.

“Sekarang kami bergaduh teruk sebab suami yakin benda itu tak ada apa-apa,” ujarnya dalam tangkap layar di Twitter.

Warganet turut mengakui kes sebegini juga berlaku dalam tempat kerja mereka. lebih mengejutkan ia tidak terjadi dalam kalangan orang Melayu sahaja..

Baca juga: Syarikat insurans tawar kerja kosong sebagai ‘penari Tiktok’ dengan gaji sehingga RM10,000