Simpati dengan nasib artis K-Pop, pesara 74 tahun rugi RM225,000 ditipu ‘Lee Min-ho’

Oleh WAN SITI AMINAH

Siapa sangka, seorang pesara guru berusia 74 tahun sanggup membelanjakan wang sebanyak RM225,000 demi artis K-Pop pujaannya.

Malang tidak berbau, pesara tersebut rupa-rupanya telah menjadi mangsa sindiket ‘love scam’ yang menyamar sebagai selebriti asal Korea Selatan iaitu Lee Min-ho.

Difahamkan, mangsa mula mengenali suspek yang menyamar sebagai Lee Min-ho itu menerusi aplikasi media sosial Facebook sebelum berhubung melalui ‘mesenger’.

Bagi mendapatkan simpati, suspek kemudian memaklumkan kepada wanita warga emas berkenaan bahawa dirinya kini terlibat dalam satu kes perbicaraan di mahkamah.

Suspek turut memperdaya mangsa untuk menyerahkan wang yang kononnya bakal dibelanjakan bagi menanggung kos pembelaannya dalam kes mahkamah terbabit.

Kes disahkan oleh Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Mohd Adli Mat Daud yang menerima maklumat selepas mangsa membuat laporan, lapor Sinar Harian.

Baca Artikel Penuh