Sistem DBKL digodam, minta wang tebusan RM236 Juta

Oleh ROSLAN ZAMAN

Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai dalam kenyataan hari ini mendakwa sistem dalam talian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah digodam.

Memetik dari laporan China Press, MP Cheras itu mendakwa penggodam juga meminta wang tebusan sebanyak USD55 juta (RM236.17 juta).

Kok Wai berkata bahawa dia menerima maklumat daripada seseorang yang dia anggap sebagai sumber yang boleh dipercayai dan percaya bahawa keadaan itu benar.

DBKL
Tan Kok Wai

“Jika ia adalah masalah teknikal yang menyebabkan kegagalan sistem, ia tidak sepatutnya mengambil masa lebih daripada 3 minggu untuk diselesaikan.

“Ini jelas merupakan masalah yang sangat serius,” katanya seperti dipetik China Press.

“Saya bukan sahaja membangkitkan isu ini, kawasan pilihan raya saya dan kemudahan awam komuniti juga memerlukan perhatian segera.

Ahli Parlimen Cheras itu juga berkata beliau sudah pun berhubung dengan pembantu khas kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur tetapi kecewa masih belum ada apa-apa respon lagi.

“Kini sudah 10 hari dan tiada sebarang maklum balas,” katanya.

“Sistem pengecaman muka untuk memasuki pejabat perbandaran juga telah lumpuh. Setiap orang yang mahu masuk mesti mengisi maklumat mereka.

“Adakah kejadian ini akan menyebabkan kebocoran berpuluh-puluh ribu data peribadi yang ada dalam DBKL? Pejabat perbandaran telah mengabaikan hak orang awam sepenuhnya,” katanya lagi.

baca: Banjir patut sedarkan SPRM, DBKL