Siti Bainun lambat, hakim pula tunggu tertuduh datang

Oleh KIM SYAZIE

Hadir tidak mengikut masa yang ditetapkan, hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur marah apabila terpaksa menunggu tertuduh.

Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali dan peguamnya, Mohammad Farhan Maaruf tidak berada di dalam mahkamah mengikut masa ditetapkan.

Hakim Izralizam Sanusi berkata, beliau sudah menetapkan prosiding kes bela diri pada hari ini bermula pada 9.30 pagi lapor Harian Metro.

“Peguam bela di mana? Semalam saya sudah tetapkan jam 9.30 pagi, betul?

“Awak ingatkan sikit anak guam. Dia orang kena tuduh (OKT), mana ada hakim tunggu tertuduh datang,” katanya.

Menjawab pertanyaan Izralizam, pembantu peguam bela, Siti Zulaikha Zulkifli berkata, anak guam mereka sudah tiba tetapi keluar semula atas alasan ke tandas.

Baca Artikel Penuh