
SMH Rail merupakan sebuah syarikat negara ini yang dimiliki 100 peratus oleh anak tempatan telah berjaya menjulang nama negara di pameran Inno Trans 2018 di Berlin yang diadakan mulai 18 hingga 21 September.

Menurut Ahli Jawatankuasa Biro Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan, Datuk Seri Paduka, Khairuddin Abu Hassan, syarikat ini telah membuktikan kemampuan rakyat Malaysia untuk berdiri sama tinggi dengan syarikat-syarikat pengeluar industri keretapi antarabangsa.
Malah jelasnya lagi, buat pertama kali bendera Malaysia telah dikibarkan seiring dengan negara-negara lain yang ternama di seluruh dunia.
“Secara jelas ini membuktikan bahawa produk 2020 buatan Malaysia mampu untuk menawan sebahagian dari pasaran dunia dalam industri keretapi.
“Antara kemampuan syarikat SMK Rail meliputi pengeluaran lokomotif tempatan, penyelenggaraan ‘wheel set’ keretapi dan membaik-pulih semua jenis ‘bearing railway’.
“Selain itu ia juga berdaya untuk menyelenggara lokomotif serta ‘overhaul’ lokomotif disel-letrik,” ujarnya.
Kata Khairuddin lagi, syarikat-syarikat lain dalam negara ini harus mempunyai semangat juang yang tinggi sehingga ke peringkat antarbangsa.
Tambahnya, kemampuan SMH Rail dalam industi keretapi mesti dijadikan contoh bagi merealisasikan ‘Malaysia Boleh’ bagi mencipta produk 2020 sepertimana yang diaspirasikan oleh Perdana Menteri.
Ia juga, tegasnya merupakan sebahagian daripada agenda kerajaan kini bagi membangunkan semula ekonomo negara melalui sektor ekonomi global.