Sokong aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan, Steven Sim sumbang RM90k kepada 9 masjid

Oleh MALAYSIADATELINE

Negara Malaysia dikenali kerana kepelbagaian kaum, etnik dan juga agama tapi boleh tinggal bersama dalam keadaan harmoni.

Meskipun ada perselisihan faham, apabila ada bencana, semua turun padang untuk membantu satu sama lain.

Kini semakin bayak aktiviti melibatkan kemasyarakatan dan keagamaan yang diadakan di taman atau tempat beribadah.

Disebabkan itu Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong memberi sumbangan berjumlah RM90,000 kepada sembilan masjid di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu memaklumkan bahawa setiap masjid akan menerima sumbangan sebanyak RM10,000 untuk menyokong aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan.

Beliau berkata, setiap masjid menerima sumbangan RM10,000 bagi menyokong pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan.

Sim menganggap sumbangan itu sebagai sokongan terhadap peranan institusi masjid dalam memperkukuh komuniti tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

“Kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia ialah satu kekuatan yang perlu dihargai dan dipelihara.

“Kita ada orang Cina, ada orang Melayu, orang India dan sebenarnya kepelbagaian itu kalau kita betul-betul hargainya dan kita bersatu padu, ia jadi satu kekuatan yang tidak ada di negara lain,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Masjid yang menerima sumbangan berkenaan ialah Masjid Timah, Masjid Semilang, Masjid Pekan Permatang Pauh, Masjid Permatang Pasir, Masjid Kuala Mengkuang, Masjid Kubang Ulu dan Masjid Padang Ibu serta dua institusi agama, iaitu Madrasah Manbaul Anwar dan Surau Haji Yahya Sungai Sintuk.

Baca juga:Hospital Kuala Lipis buat laporan polis, nafi dakwaan bayi kembar dilarikan doktor palsu