Solat di saf wanita, Lucinta Luna teruk dikecam warganet

Oleh KIM SYAZIE

Pempengaruh terkenal Indonesia mendapat kecaman hebat daripada warganet kerana menunaikan solat sunat Aidiladha di saf wanita.

Umum sedia tahu dia dilahirkan sebagai lelaki sebelum memilih untuk menjadi transgender dan membuat pembedahan plastik untuk terlihat seperti wanita.

Lucinta memuat naik gambar memakai telekung dan berswafoto bersama jemaah wanita di masjid tersebut.

Rata-rata warganet Indonesia menyelar tindakan Lucinta dan memintanya solat di saf lelaki kerana boleh membatalkan wuduk wanita.

Baca juga: “Jangan cakap dia buat Haji” – Warganet terkedu lihat wanita sibuk menari di Mekah, jadikan ‘content’ TikTok