Laporan berita yang mendedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 19 September lalu adalah dipercayai berkaitan dengan projek tebatan banjir.
Sehubungan itu, apakah SPRM atau pun Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) juga akan turut menyiasat dakwaan salah guna kuasa melibatkan perkahwinan anak perempuan Ahli Parlimen Pas Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menyatakan bahawa Yang Dipertua MPKB, Rosnazli Amin telah mengesahkan menerima permintaan kerjasama daripada Nik Abduh melalui surat yang ditandatangani Ahli Parlimen tersebut bertarikh 20 September.
“Permohonan Nik Abduh adalah penyediaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal, meja, kerusi dan hiasan bunga bagi majlis perkahwinan anak perempuannya pada 24 September di tempat letak kereta Masjid Tok Guru dan Sekolah Menengah Agama (Arab) Darul Anuar.
” Permintaan Nik Abduh tersebut dengan menggunakan kepala surat rasminya sebagai Ahli Parlimen Bachok menimbulkan persoalan merisaukan, sekiranya wujud salah guna kuasa dan sudah sepatutnya Nik Abduh menjelaskan maksud sebenar kerjasama untuk majlis perkahwinan tersebut.
“Kebiasaannya perkhidmatan daripada majlis tempatan boleh disediakan dengan bayaran atau kadar sewa tertentu yang ditawarkan kepada semua. Malah Nik Abduh tidak menawarkan untuk membayar sebarang bentuk bayaran atau kadar sewa dalam surat rasminya.
” Nik Abduh tidak perlu menggunakan kepala surat rasmi dan status Ahli Parlimen Bachok bagi mendapatkan kerjasama MPKB bagi acara persendirian keluarga yang tidak berkaitan dengan tugas awam kepada pengundi,” ujar beliau.
Sejajar dengan itulah katanya, SPRM perlu menyiasat Nik Abduh dan sepatutnya menyerbu MPKB untuk melihat samada wujud salah guna kuasa atau cubaan menutup kerjasama yang diberikan oleh MPKB.
SPRM tegas beliau, disarankan supaya membuktikan bahawa tiada amalan dua darjat samada oleh MPKB maupun MBSA.