Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan rasmi, hari ini, mengesahkan telah memanggil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bagi membantu siasatan SRC International Sdn Bhd (SRC International) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, petang ini.
Najib hadir kira-kira jam 5 petang dan dirakam percakapan selama 45 minit.
Kenyataan itu juga menyebut Ahli Parlimen Pekan iniakan dituduh pada 8 Ogos 2018 di Mahkamah Kuala Lumpur di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
“Pertuduhan adalah berkaitan kes SRC International.
“Pertuduhan tersebut dibuat selepas mendapat keizinan daripada Peguam Negara,” ujar kenyataan SPRM itu.