“Suami berhenti kerja sehari sebelum kami kahwin, sekarang ni dia tak habis nak pantau kad bank aku”

Oleh MALAYSIADATELINE

Bukan senang nak masuk alam perkahwinan, tanggungjawab sebagai suami dan isteri itu adalah sangat besar.

Namun ramai memilih tidak mengambil endah akan tanggungjawab dan akhirnya perkahwinan berakhir dengan penceraian.

Seorang wanita kecewa dengan sikap suami yang mahu mengawal segala duit yang masuk ke akaunnya selepas lelaki tersebut memilih untuk berhenti kerja.

Di bawah adalah kisah yang diambil dari Facebook Kisah Rumah Tangga.

Aku berumur lewat 20-an manakala suami di awal usia 30-an. Kami berdua baru sahaja berkahwin enam bulan yang lalu.

Sebelum berkahwin aku bekerja namun memilih untuk berhenti bagi tinggal sebumbung dengan suami.

Kami berdua kenal hanya melalui media sosial sahaja, dan kahwin selepas setahun berkawan dan aku tahu tentang sikap suami yang suka bertukar kerja.

Suami memang orangnya garang dan juga perokok tegar, dia bekerja dan berhenti sehari sebelum kami bernikah.

Katanya dia nak cari kerja lain lepas kahwin dalam tiga bulan pertama tu dia bekerja sebagai penghantar barang tapi berhenti sebab gaji kecil.

Aku pula lepas kahwin dapat elaun bulanan kerja sebanyak RM200 sebulan tapi aku tak maklum dekat suami mengenai hal ini.

Suami ada juga bertanya mana dapat duit sebab bila keluar sekali dia nampak ada not RM50 dalam dompet aku.

Dia siap cakap jangan sembunyikan apa-apa daripadanya sebab dia tahu aku tak kerja jadi aku cakap yang mak aku bagi duit sedikit.

Sekarang ni suami kerap tengok telefon aku, bila nampak ada transaksi beli top up mulalah dia nak syak yang aku ada duit dalam bank.

Suami minta nama pengguna dan kata laluan untuk bank aku, bila aku tak bagi mulalah dia nak maki dengan segala kata kesat.

Masalahnya tu duit aku, perlu ke sampai nak maki isteri sebab ada duit dalam bank.

Baca juga: “Suami bagi aku nafkah RM50 pun nak mengungkit, bab anak memang terus lepas tangan dekat aku”