“Suami beria kenen rakan sekerja wanita untuk adik, aku mula rasa ada sesuatu tak kena”

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang wanita mula merasa susah hati apabila sang suami mahu memperkenalkan rakan sekerja wanitanya sebagai calon isteri buat adik iparnya.

Tidak mahu berfikiran negatif, wanita bernama Maya itu curiga melihat sikap suaminya yang begitu bersungguh mahu menjadikan rakan sekerjanya sebagai ahli keluarga.

Rasa cemburu mula timbul apabila suaminya kerap bercerita tentang kelebihan bakal birasnya, berikut perkongsian Maya yang tidak mahu kehilangan keluarganya.

“Assalamualaikum pembaca yang budiman. Hati tak tenang, sebab itu saya luahkan di sini. Ceritanya bermula apabila mak mentua saya minta suami carikan calon isteri untuk adik lelakinya. Yang lain semua sudah berkahwin kecuali dia. Adik ipar normal, bukan homoseksual pada pengamatan saya.

“Rasa kasihan ketika keluar beramai-ramai. Adik ipar lelaki itu seorang sahaja yang masih berkepit dengan mak mentua saya. Bukan tiada yang mahu, tetapi dia belum bersedia untuk berkahwin. Sampai pernah ada yang merisiknya untuk dijadikan menantu. Tetapi adik ipar lelaki aku ini menolak.

“Alasannya mahu menggembara atau berjalan-jalan dahulu. Mungkin tak ada alasan lain nak bagi. Rumah kereta semua sudah ada. Kerjaya juga bagus. Cuma saya rasa mungkin ini masa untuk dia balas jasa mak ayah mentua dahulu sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. 

Baca Artikel Penuh