Suami didakwa jadi dalang penyebaran video Bella-Muaz, ini respon isteri Caprice

Oleh WAN SITI AMINAH

Nama penyanyi rap sensasi, Caprice kembali menjadi perbincangan hangat di media sosial selepas didakwa bersubahat untuk menjatuhkan pelakon iaitu Bella Astillah.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli dikatakan telah berpakat dengan pelakon yang juga suami kepada Bella iaitu Aliff Aziz untuk menyebarkan ‘aib’ aktres terbabit.

Perkara mengejutkan ini didedahkan oleh wanita yang mengakui dirinya adalah salah seorang kekasih Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menerusi akaun Instagram miliknya.

Sarah mendakwa Caprice memilih untuk berpihak kepada Aliff walaupun mengetahui bahawa pelakon itu menjalinkan hubungan sulit bersama rakan artis iaitu Ruhainies.

Malah rakaman yang membongkarkan hubungan Bella dengan pelakon baharu iaitu Muaz Zabir telah disunting oleh Caprice sebelum disebar di akaun TikTok Edisi Umat.

“Dia (Caprice) tahu hubungan di antara mereka (Aliff dan Ruhainies). Namun masih membantu (Aliff). Akaun TikTok Edisi Umat? Itu dialah. Yang tolong suntingkan video tentang Bella dan Muaz? Dia. Semua benda datang dari dia (Caprice),” dakwa Sarah.

Pendedahan Sarah ini telah menyebabkan isteri Caprice yang dikenali sebagai Farah Inalis turut terkena tempias dan dijadikan sasaran kecaman pengguna media sosial.

Susulan itu, Farah Inalis yang juga selebriti media sosial memohon supaya orang ramai tidak mengaitkan dirinya dalam kemelut rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Wanita yang berada dalam tempoh berpantang itu tidak mahu jika emosinya terjejas dalam proses pemulihan diri dan seterusnya menghilangkan fokus terhadap bayinya.

“Aku masih dalam pantang tau. Kalau boleh, sehabis daya nak jaga emosi dan fokus dalam proses penyembuhan diri dan bayi sahaja. (Walaupun) duduk satu rumah dengan laki (Caprice), tetapi satu soalan pun aku tak pernah tanya cerita tentang Aliff, Bella, Ruhainies dan si kening (Sarah).

“Aku tak teringin nak tahu cerita toksik mereka. Sumpah tiada ruang dalam otak aku masuk perkara negatif. Jadi jangan libatkan aku. Jangan sampai aku keluar kenyataan yang boleh buat lagi kecoh. Kesimpulannya, siapa yang terlibat dalam cerita ini, SEMUA BODOH!.” Tegas Farah.

Tangkap layar respon Farah Inalis yang dimuat naik di ‘Instastory’ miliknya.

Sementara itu, teman wanita Aliff turut membuat dakwaan bahawa Caprice adalah individu bertanggungjawab menjadi ‘penasihat’ kepada pelakon Singapura terbabit.

Caprice dikatakan menasihati Aliff untuk tidak melepaskan Bella dalam sebutan kes penceraian mereka pada 4 April lalu agar tampak seperti ‘hero’ di mata masyarakat.

Baca juga: “Aku ada banyak show lah!”, Black Hanifah nafi buat aktiviti cuci duit, dedah ada perniagaan villa dan kapal