Seorang wanita bergelar isteri berjaya mencuri perhatian ramai selepas meluahkan kekesalannya berhubung sikap suaminya yang enggan mengeluarkan belanja sebanyak RM30 untuk menuruti permintaannya.
Menerusi satu perkongsian dimuat naik platform Threads, wanita terbabit mengakui teringin memiliki ‘tumbler’ atau botol minuman kalis panas ataupun sejuk berharga RM 30 yang diperbuat daripada keluli tahan karat.
Wanita terbabit bagaimanapun apabila suaminya enggan menuruti permintaannya untuk membelikan tumbler itu dengan alasan mahu menunggu gaji naik sedangkan pendapatannya sudah mencecah empat angka.
Jawapan suaminya membuatkan wanita itu terfikir untuk bercerai sahaja sebelum bertindak bertanyakan perkara kepada orang ramai di media sosial kerana khuatir dirinya berdosa ekoran berfikiran sedemikian.
“Berdosakah kalau aku terfikir kami bercerai pun tak rugi? Aku minta suami belanja tumbler berharga RM30. Tetapi jawapan suami tunggu dia dapat kerja gaji besar. Ya Allah, tak pernah aku minta dia belanja gelang emas.
“Ataupun baranng-barang lain yang mahal. Gaji sebulan sudah mencecah RM3,000. Itu juga tak pernah nak hulur nafkah. Sekadar memenuhi syarat dengan memberikan aku tempat tinggal dan makan,” katanya.
Tinjauan di ruangan komen perkongsian itu mendapati ramai pengguna bertindak mengecam wanita berkenaan kerana terfikir untuk berpisah hanya untuk perkara kecil selain berpendapat pembelian tumbler itu satu bentuk pembaziran.
Sebahagian besar pengguna bagaimanapun memahami keinginan wanita terbabit yang hanya memiliki keinginan kecil dan berpandangan para suami seharusnya memberi jawapan lebih tepat sekiranya tidak dapat memenuhi permintaan isteri.
“Jangan kecam dia. Ini bukanlah masalah RM30, dia cuma kecil hati dengan reaksi suami. Sepatutnya cakap, ‘sayang doakan abang dapat gaji dan rezeki yang lebih luas. Nanti semua abang belikan. Buat masa ini, duit tak cukup. Abang kumpul dulu ya.” Kongsi seorang pengguna bergelar suami.
“Bukan nak sokong suami. Tetapi gajinya tak besar mana. Ada tumbler harga RM5 boleh dibeli. Kenapa membazir beli benda yang fungsinya sama tetapi harganya berlipat ganda? Berjimatkan lebih baik.” Kata pengguna lain.
Baca juga: Banyak pengarah cuba ‘lamar’, Cik B dedah bodyguard pemalu, tak mungkin jadi pelakon